Usrah Fillah

Leave a Comment

Sweet Circle.

Indahnya Bila Bertemu dan Berpisah Kerana Allah.


Bermulanya saya berUsrah bukan kerana saya baik. Bermulanya saya berUsrah bukan juga kerana saya alim..tapi bermulanya saya berUsrah adalah ketika hati sedang 'mencari'. Bermulanya saya berUsrah apabila hati mempunyai 'persoalan' yang tidak dapat dijawab. Bertubi-tubi soalan berlegar diminda; pencarian, persoalan; tentang Tujuan hidup, tentang Tauhid. Ketika diri begitu alpa, tenggelam dalam kehidupan dunia.

Lantas, di satu bulan Ramadhan yang Kareem, ketika tercari-cari, Allah ketemukan 'Sweet Circle', bulatan yang manis..satu keluarga, a support group I could say. Ya, Usrah sebenarnya bermaksud 'keluarga'. Ukhuwwah yang terbina kerana Allah. Setiap pertemuan, setiap perpisahan kami kerana Allah, menjadikan ianya sangat indah, dimana kejujuran bersahabat begitu terasa. Kami mempunyai tujuan yang hampir sama. Didokong Naqibah yang hebat, memimpin kami, saling ingat-mengingati dan menyokong antara satu sama lain. We do not and we never judge each other. We just being, we just listen, we just feel and support each other.

Fitrahnya, hati kita, iman kita sentiasa berbolak-balik. Dengan Usrah, kami cuba kembali kepada Nya, mula mendampingi Al-Quran, merindui dan mengikuti sunnah Rasulullah, memperbaiki akhlak sebagai seorang Muslim. Kami bertemu dan mencari semangat ini.

Semoga kami, dan kita semua Istiqamah. Semoga semua yang 'mencari', diketemukan dengan apa yang dicari. Kita, mengharap Hidayah Allah..Ameen.

InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan nota-nota Usrah, saban pertemuan kami.

Salam..
Aina



Next PostNewer Post Home

0 comments:

Post a Comment